Описание
Cari Kata adalah permainan yang penuh dengan cabaran, menarik dan amat mengasyikkan selain ia juga menguji kecekapan minda dan mata serta pada masa yang sama pemain dapat mengetahui dan mempelajari perkataan-perkataan dan kata-kata baru.
Cari Kata mengandungi lebih 9,000 perkataan Bahasa Melayu. Apa yang menarik adalah setiap permainan akan direka secara rawak. Dengan itu, yang pastinya setiap permainan adalah unik & sudah tentu memberi cabaran baru kepada pemain setiap kali mencuba. Ini dapat memastikan pemain tidak akan jemu dengan setiap cabaran Cari Kata yang ditempuhi.
Cari Kata juga dibentuk dalam pelbagai peringkat agar ianya sesuai untuk semua lapisan umur tidak kira kanak-kanak, remaja, dewasa atau sesiapa sahaja.
Setiap rekod Cari Kata dan pencarian akan disimpan di peralatan masing masing. Dengan ini, rekod anda akan sentiasa dikemaskini selepas setiap permainan.
Apa lagi, sila muat turun dan cuba permainan Cari Kata ini yang sudah pasti tidak akan menjemukan.
Selamat mencuba!