My NJOI Читы

My NJOI Взлом 1.24.0 + Чит Коды

Разработчик: MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd.
Категория: Развлечения
Цена: Бесплатно
Версия: 1.24.0
ID: my.com.astro.mynjoi

Скриншоты

Game screenshot My NJOI mod apkGame screenshot My NJOI apkGame screenshot My NJOI hack

Описание

Hai! Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca dan memahami tentang My NJOI.

Jika anda seorang pelanggan NJOI, inilah aplikasi yang eksklusif untuk anda! Hanya muat turun aplikasi ini dan sambungkan nombor smartcard anda. Setel!

Jom nikmati manfaat dengan apilikasi My NJOI:
1. Lihat katalog dan harga lengkap NJOI prepaid.
- Ketahui program kegemaran baharu anda.
- Saksikan program tempatan, antarabangsa, kanak-kanak, pendidikan dan sukan serta promosi terkini.
- Lebih 10 filem baharu, 54 saluran HD dan 15 pek kombo untuk dipilih.
2. Beli online & saksikannya di NJOI Box anda.
- Naik taraf ke Pek HD dan tambah nilai pada bila-bila masa.
- Lihat pembelian terkini anda.
3. Semak baki kredit tambah nilai dan NJOI pada masa yang sama.
4. Anda juga boleh hubungi agen perkhidmatan pelanggan kami jika anda mengalami sebarang masalah semasa menggunakan aplikasi ini. Hanya klik pada ikon TETAPAN dan pilih BANTUAN LANJUT. Segala pertanyaan anda akan dilayani dengan pantas.

Cara yang Mudah & Pantas untuk beli program kegemaran anda dan saksikannya bersama sekeluarga dalam HD!

Jika anda bukan pelanggan NJOI, inilah pengenalan tentang NJOI.

NJOI adalah perkhidmatan prabayar yang menawarkan kemudahan yang fleksibel untuk pelanggan memilih saluran atau pakej pilihan daripada katalog NJOI prepaid kami. Ada banyak program tempatan dalam pelbagai bahasa, filem antarabangsa, drama, sukan, berita, gaya hidup, pendidikan dan macam-macam lagi yang boleh disaksikan dalam BERDEFINISI TINGGI (HD).
- Tiada kontrak
- Tiada bil bulanan
- Pilih dan bayar apa yang anda saksikan
Jika anda berminat untuk melanggan dengan perkhidmatan ini, sila layari https://www.njoi.com.my/get-njoi-prepaid untuk maklumat lanjut.

Nak tengok apa di NJOI? Ini antara program yang telah kami sediakan untuk anda.
● Filem blokbuster, klasik & pemenang anugerah dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Tamil, Hindi, Cina, Indonesia dan Korea termasuklah seperti Jangan Takut Kalau Kau Takut, Aku Pun Takut, Recalled, Shock Wave, Tom & Jerry dan banyak lagi.
● Aneka drama popular termasuk drama Korea yang terkini, drama Cina, drama Tamil, Hindi dan Melayu seperti Love Elsa, Pretty Little Liars, Plan B, Murder Diary dan Naagini.
● Aksi sukan secara ‘LIVE’ daripada seluruh dunia. Saksikan Premier League dengan pasukan ternama seperti Liverpool, Manchester City, Arsenal, Manchester United & Totenham Hotspurs serta Bundesliga, La Liga, MotoGP dan NBA.
● Program kanak-kanak yang menceriakan seperti Upin & Ipin, Didi & Friends, Ejen Ali dan banyak lagi.

Lihat katalog lengkap kami di My NJOI

Bagaimana untuk saya akses ke My NJOI?

Ikuti 2 langkah mudah:
1. Muat turun aplikasi My NJOI.
2. Masukkan Nombor Smartcard anda.
Dan kini anda boleh pilih dan beli program kegemaran anda pada bila-bila masa, di mana jua.

Ketahui lebih lanjut berkenaan NJOI HD di www.njoi.com.my. Untuk info terkini, sila ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/NJOIHD

История обновлений

1.24.0
2023-07-17
- Pembelian Awal.
- Beberapa masalah dan kesalahan dalam aplikasi telah diperbaiki.
- Kemas kini terakhir untuk sokongan iOS 12.
1.23.0
2023-06-15
Tingkatkan onboarding dan masukkan NJOI smartcard screen untuk menjadi lebih mesra pengguna.
1.22.0
2023-03-30
Tingkatkan pengalaman mesej pengumuman.
1.21.0
2023-02-09
Kini anda boleh membaca lebih lanjut informasi mengenai rancangan kegemaran anda! Kemaskini app My NJOI anda sekarang!
1.20.0
2022-12-08
Tak dapat tonton apa yang dibeli? Anda mungkin perlu Refresh Smartcard anda. Tekan sahaja Refresh Smartcard di aplikasi kami! Selamat BerNJOI!
1.19.0
2022-11-09
Keliru apa nak tonton atau bila nak tonton rancangan kegemaran anda? Aplikasi kami kini mempunyai jadual rancangan! Klik logo saluran untuk melihat jadual rancangan saluran tersebut di skrin bundle dan pek.
1.18.0
2022-09-27
Banyak lagi untuk anda NJOI! Macam mana? Senang je, cari rancangan dan filem kegemaran anda dengan butang Carian di aplikasi kami dan beli hanya apa yang anda mahu NJOI. Sudah melanggan? Kini anda boleh merujuk jadual rancangan di paparan saluran kami, tak perlu menonton ulangan!
1.17.0
2022-07-21
Meningkatkan pengalaman promosi.
1.16.0
2022-06-13
Tingkatkan notifikasi aplikasi.
1.15.0
2022-04-29
Terlepas tarikh luput kandungan anda? Kini anda boleh memanjangkan durasi kandungan anda secara automatik.
Anda kini boleh menetapkan pembelian automatik untuk kandungan kegemaran anda.
1.13.1
2022-04-14
Kami tidak lupakan anda yang lebih selesa berbahasa inggeris, My NJOI akan disediakan dalam Dwi Bahasa!
Pepijat aplikasi diperbaiki.
1.13.0
2022-03-10
Kami tidak lupakan anda yang lebih selesa berbahasa inggeris, My NJOI akan disediakan dalam Dwi Bahasa!
1.12.0
2022-02-16
Keliru dengan apa hiburan untuk anda beli dan nikmati? Biar kami cadangkan pek dan kandungan menarik mengikut pembelian anda.
1.11.0
2021-12-22
Bukan jalan je ada shortcut, kami pun ada! Gunakan "app shortcut" kami untuk menambah dan semak pek anda secara terus, kongsi kegemaran anda atau salin kod baucar dalam sekelip mata!
1.10.0
2021-11-23
Hadiah Misteri: Laptop, TV LED dan macam-macam lagi, akan datang.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
1.9.1
2021-11-15
Anda mungkin tertanya-tanya, "Bolehkah saya urus kesemua smartcard NJOI saya?” Ya, kini anda boleh dengan versi terbaru aplikasi kami! Begini caranya:
● Tukar smartcard di laman utama sebelum anda membeli, tambah nilai dan lebih lagi!
● Tambah dan edit smartcard anda di dalam aplikasi (tak susah dah, senang je)
1.9.0
2021-10-20
Anda mungkin tertanya-tanya, "Bolehkah saya urus kesemua smartcard NJOI saya?” Ya, kini anda boleh dengan versi terbaru aplikasi kami! Begini caranya:
● Tukar smartcard di laman utama sebelum anda membeli, tambah nilai dan lebih lagi!
● Tambah dan edit smartcard anda di dalam aplikasi (tak susah dah, senang je)
1.8.0
2021-09-20
Simpan apa yang anda gemar!
Mesti sedih bila tak boleh simpan item yang anda suka. Kini anda hanya perlu tanda item kesukaan anda melalui button "Love” dan kembali menyemak apa yang anda suka dałam skrin rumusan.

Skrin Rumusan
Keliru dengan interaksi anda? Tidak lagi, kini anda akan menerima rumusan interaksi yang tepat selepas pembelian dan penebusan.

Suka App Kami?
Kalau suka, jangan malu untuk memberikan kami rating dan review terbaik jika anda ditanya semasa menggunakan app kami.
1.6.0
2021-08-26
Atas sokongan hebat anda, kami telah bertungkus-lumus untuk menyediakan aplikasi yang terbaik. Anda kini boleh menebus baucar NJOI melalui aplikasi kami. Ingat tak insentif eWallet yang anda tak pasti nak bayar apa? Bayar untuk NJOI-lah.
1.5.0
2021-07-17
Kemaskini terbaru? OH YA, anda kini boleh menyemak semua transaksi NJOI anda di dalam aplikasi! Apa lagi, pergi ke Belian Saya sekarang.
1.4.0
2021-06-25
*bunyi notifikasi* Kamu dengar tak? Dalam siaran ini, anda akan menerima notifikasi yang menarik dan meningkatkan pengalaman anda.
1.3.0
2021-05-28
Memperkenalkan ciri pembelian terbaharu kami! Dapatkan rebat RM10 apabila anda membeli dua pek promo dalam satu transaksi. Antara tawaran hebat kami termasuk:

1. Beli Pek HD dan Pek Kombolicious pada harga RM50 (Harga Biasa: RM60).
2. Beli Pek HD dan Pas Season 2021 pada harga RM80 (Harga Biasa: RM90).
Saksikan 51 perlawanan UEFA Euro 2020 secara langsung dan acara Olympic Tokyo 2020 dalam HD.
3. Beli Pek HD dan Pek Kids pada harga RM35 (Harga Biasa: RM45).
1.1.0
2021-05-12
Pastikan anda mencuba ciri filter terbaharu kami! Anda tidak perlu lagi skrol dan mencari kegemaran anda. Pilih sahaja mana-mana genre dari menu drop-down dan beli saluran-saluran kegemaran anda dengan mudah.
1.0.1
2021-05-04
Kami sentiasa mengemas kini dan memperbaiki aplikasi kami untuk memudahkan pembelian rancangan kegemaran anda.
1.0.0
2021-04-27

Способы взлома My NJOI

Скачать взломанный APK файл

Скачать My NJOI MOD APK
Запросить взлом