Aplikasi Surah Yasin, Tahlil & Doa ini dibina menggunakan Bahasa Melayu dan format yang mudah difahami. Ianya ringkas, padat dan kemas untuk dibawa ke mana sahaja dalam smartphone / telefon pintar ANDA.
BONUS! Aplikasi ini boleh digunakan untuk mendengar audio Surah Yasin dalam beberapa versi. Versi Offline adalah dari bacaan Saad Al-Ghamdi dan beberapa versi audio lain turut terdapat dalam aplikasi ini (Perlukan talian Internet untuk fungsi ini).
Isi kandungan aplikasi Surah Yasin, Tahlil & Doa ini adalah:
1. Surah Yasin Dalam Bahasa Arab Sahaja.
2. Sebutan Rumi untuk Setiap Ayat Dalam Surah
3. Terjemahan Melayu Pada Setiap Ayat
4. Doa Selepas Bacaan Surah Yasin
5. Tahlil Arwah Yang Lengkap Beserta Doa
6. Audio Bacaan Surah Yasin Dalam Beberapa Versi(BONUS)
Semoga ianya bermanfaat dan membantu untuk ANDA semua.