Teka Kata adalah permainan aplikasi mudah yang akan menguji tahap penguasaan bahasa Melayu anda. Tujuan permainan Teka Kata adalah untuk menyelesaikan perkataan yang abjadnya telah disusun dalam posisi rawak.
Teka Kata mengandungi lebih daripada 4000 perkataan untuk diselesaikan. Ini bermakna setiap kali anda bermain Teka Kata, kebarangkalian anda untuk berjumpa perkataan yang sama adalah tipis dan ini secara tidak langsung akan menambahkan cabaran kepada permainan ini.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut makna sesuatu perkataan yang diselesaikan itu, "link" kepada kamus "online" ada disediakan (anda perlu hubungan internet untuk fungsi ini).
Jika perkataan yang cuba diselesaikan begitu susah sekali, anda boleh juga tekan "Selesaikan" dan sistem akan memberitahu anda apakah jawapan yang sebenar.
Apa lagi yang ditunggu! Ayuh kita cuba Teka Kata!
Nota:
* Sila berhubung terus dengan kami jika ada sebarang masalah, permintaan atau komen di
[email protected]
* Jika anda suka permainan ini, jangan lupa untuk ke App Store untuk berikan "rating" & komen untuk menyatakan sokongan anda. Terima Kasih.
* Untuk lebih banyak aplikasi & permainan yang menarik sila berkunjung ke http://push.my